MANUAL PENDAFTARAN KEAHLIAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR
TAHUN 2025
Kemaskini: 24/04/2025
- Klik pautan Borang PPM1A - Borang Keahlian Kumpulan 2025.
- Klik ‘File’ > ‘Make a copy’. Rename borang mengikut nama kumpulan
- Rename [NAMA KUMPULAN] mengikut nama sekolah.
- Lengkapkan maklumat kumpulan anda.
- Lengkapkan maklumat ahli kumpulan anda. Berikut merupakan syarat-syarat semasa mengisi maklumat ahli kumpulan:
- Nama penuh ahli mestilah menggunakan nama didaftarkan di Kad Pengenalan. Penggunaan Tn/ En/ Puan/ Cik/ Hj/ Hjh adalah TIDAK diperlukan.
- Ahli hendaklah didaftarkan menggunakan Nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sempang ‘-’. Nombor surat beranak adalah TIDAK dibenarkan. Pastikan cell nombor kad pengenalan bagi setiap ahli kekal berwarna KUNING. Sekiranya cell tersebut bertukar menjadi MERAH, terdapat kesalahan dalam proses perolehan maklumat ahli. Berikut merupakan beberapa kesalahan yang mungkin berlaku:
- Nombor kad pengenalan ahli tidak diisi.
- Nombor kad pengenalan ahli tidak mencukupi atau melebihi 12 digit nombor.
- Terdapat pertindihan nombor kad pengenalan ahli di dalam kumpulan tersebut.
- SEMAK dan PASTIKAN maklumat ahli kumpulan anda adalah tepat. Hal ini penting bagi proses pengesahan data ahli di sistem.
- SEMAK dan PASTIKAN rumusan keahlian kumpulan anda adalah TEPAT.
- Pembayaran Keahlian Kumpulan akan melalui Ketua Kumpulan masing-masing. Kaedah pembayaran melalui link berikut : PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN 2025
- Sebarang kesulitan atau soalan boleh hubungi melalui pautan berikut:
- HELPDESK : dgkad.my/ScoutifyHelpdesk



