Pengurusan Kontinjen Lebih Efisien dengan Ciri Eksport Data Baharu
Kategori: Kemas Kini Sistem / ScoutifyV2
Berita baik buat semua Ketua Kontinjen & Penyelaras Kumpulan!
Kami di Scoutify sentiasa komited dalam memudahkan urusan pentadbiran dan aktiviti pengakap anda. Melalui kemaskini sistem web terbaru, kami telah menaik taraf fungsi Dashboard Kumpulan / Kontinjen untuk memberikan anda kawalan penuh dan autonomi terhadap pengurusan data.
Apa Yang Baharu?
Kini, anda tidak lagi perlu menunggu laporan manual. Pengguna yang mempunyai akses Dashboard boleh mengeksport data secara terus untuk kegunaan pengurusan dalaman. Ciri ini merangkumi:
- Data Kontinjen/Kumpulan (Team): Senarai lengkap peserta program, maklumat peribadi, dan status keahlian dalam unit anda.
- Data Penyertaan Program: Rekod pendaftaran dan penyertaan ahli bagi setiap program yang dianjurkan melalui platform Scoutify kekal didalam sistem.
Cara Mengakses Ciri Eksport
Anda boleh memuat turun data anda dalam beberapa langkah mudah:
- Log Masuk ke Dashboard Scoutify anda. [ https://dashboard.scoutify.one ]
- Navigasi ke bahagian Pengurusan Kontinjen atau Kumpulan yang anda diberi akses.
- Klik Pendaftaran dan pilih aktiviti yang disertai.
- Klik butang "Export Data". Fail akan dimuat turun secara automatik dalam format format .csv atau .xlsx (Excel).
Nota: Fungsi ini direka khas untuk membantu melancarkan urusan dokumentasi, penyediaan laporan kepada pihak atasan, serta pengurusan logistik program anda agar lebih sistematik dan pantas.
Log masuk ke dashboard anda hari ini dan rasai kemudahannya!



